10 Sep 2014

Pesanan PENTING Untuk Semua Pemilik Kereta

Di negara ini, hampir semua rakyat Malaysia memiliki kenderaan terutamanya kereta. Saya ingin berkongsi sesuatu mengenai panduan memasuki kereta anda sebelum mula memandu. Minta maaf kerana post kali ini sedikit off-topic, tetapi panduan ini SANGAT penting dibaca dan menarik kerana ia berkaitan kesihatan kita.

Setiap panduan penggunaan kereta (Manual guide book) menyuruh kita untuk membuka tingkap kereta sebelum kita memasang Air-Cond, ....mengapa?

Tidak hairan lah kenapa manusia sekarang semakin ramai yang menghidap Kanser, akan tetapi kita tertanya-tanya kenapa keadaan sedemikian berlaku. Maka, di sini saya ceritakan antara salah satu sebab penyebab kanser di masa kini.

Ramai di antara kita yang bekerja, berada di dalam kereta setiap hari terutama di waktu pagi, dan juga pulang dengan kereta di waktu petang atau malam. 5-7 hari seminggu, betul bukan?

Tolong jangan buka Air-cond sebaik sahaja anda memasuki kereta! Buka tingkap sebaik sahaja anda memasuki kereta, tunggu beberapa minit, dan baru boleh buka Air-cond kereta anda.

Mengapa begini?

Boleh dikatakan lebih 50% bahagian dalaman kereta
adalah Plastik.
Berdasarkan kajian, dashboard kereta anda, seat, saluran air-cond, pintu dalam, malah hampir semua bahan di bahagian dalam sebuah kereta adalah diperbuat daripada PLASTIK. Dan bahan plastik ini ianya mengewapkan bahan kimia BENZENE.

Cuba anda hidu bau dalam kereta anda ketika anda memasukinya, sebelum anda menghidupkan enjin. Tentu anda biasa bau dalam kereta, kan?

Benzene adalah bahan toksik kimia yang boleh menyebabkan Kanser. Secara saintifiknya, bahan penyebab kanser dipanggil Carcinogenic.

Benzene bukan sahaja bersifat carcinogenic, malah ia juga memberi kesan buruk kepada tulang, menyebabkan Anaemia (kurang Sel Darah Merah), Leukemia, dan keguguran kandungan.

Kadar 'selamat' Benzene di udara adalah 50mg/kaki persegi.

Sebuah kereta yang diletakkan terlindung daripada cahaya matahari dengan tingkap tertutup, akan mengandungi 400-800mg Benzene, ini adalah 8 kali lebih banyak dari kadar selamat.

Elakkan meletak kereta dibawah pancaran matahari atau
buka sedikit tingkap kereta anda.
Manakala jika kereta anda diletakkan di bawah cahaya matahari terik, dan suhu di dalam kereta anda meningkat pada 60 darjah Celcius, paras Benzene tersebut boleh meningkat sehingga 2000mg - 4000mg, itu adalah 40 kali lebih tinggi dari paras selamat!

Maka sesiapa saja yang terus masuk kedalam kereta tanpa membuka tingkap, akan pasti menyedut bahan toksik Benzene ini pada tahap yang amat berlebihan.

Bahan toksik Benzene ini boleh merosakkan buah pinggang dan hati, menyebabkan ia lebih sukar dikumuhkan atau dibuang dari sistem badan kita.

Jadi kawan-kawan semua, sila pastikan anda buka tingkap kereta anda sebelum anda memasuki kereta anda. Ini adalah penting sekali untuk memastikan udara berbahaya yang mengandungi toksin dalam kereta anda dapat dilepaskan keluar dulu sebelum anda mula drive.



Sila Share artikel ini jika anda merasakan ia berguna.


-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia