27 Dis 2016

RM659 - Treadmill Elektrik Murah


Sebelum ini saya ada post mengenai treadmill paling murah. Tapi ianya tanpa berkuasa elektrik. Nak lari atas treadmill tu pun kurang rasa seronok.

Kali ini saya hendak memperkenalkan treadmill yang berkuasa elektrik. Harga sangat murah iaitu RM659 ketika post ini ditulis. Kalau nak dibandingkan dengan treadmill yang dijual di kedai peralatan sukan harga harganya RM beribu-ribu, Belasan ribu pun ada.


Saya rasa ini adalah antara benda yang paling berbaloi saya beli. Isteri saya sangat sukakannya. Boleh jogging setiap hari tanpa kira masa atau cuaca di luar sana.. Hehe.

Cuma ada sedikit kekurangannya, iaitu saiz kelebaran trek larian sempit sedikit kalau dibandingkan dengan treadmill yang mahal-mahal di pasaran. Kelebaran trek adalah sekitar 1 kaki, atau lebih tepat lagi 31cm. Dan bila lari laju di atasnya, ada bunyi hentakan sedikit. Tapi ini semua sangat minor dan tidak mengganggu fungsi treadmill ini.

Saksikan video di bawah.







25 Dis 2016

Almari baju paling murah

Almari pakaian 2 pintu atau 3 pintu kalau dibeli di kedai perabot biasa mungkin harga sekitar RM200-400. Yang ni memang murah. tapi pastikan tengok caj penghantaran dulu sebelum menempah.










23 Dis 2016

Mesin tekanan darah paling murah (Arm type)

Mesin tekanan darah (jenis cuff di lengan) yang murah. Kalau beli di farmasi terutama yang berjanama harga dah lebih kurang RM100-200+.

Yang ni memang saya dah beli. Berbaloi. Rasa pun macam berkualiti. Boleh pakai bateri (4 biji bateri AAA) atau micro USB power cable.

Kepada anak-anak, saya sangat menyarankan beli satu untuk ibu bapa anda. Demi kesihatan mereka jugak.





USB cable dan plug tu kena beli sesndiri. Saya beli murah je, harga RM2 satu.

Boleh juga pakai 4 biji bateri AAA 






10 Dis 2016

Penyidai Serambi/Tandas Boleh Laras

Jika anda mempunyai ruang yang sempit pada pangsapuri anda, alat ini sangat sesuai menabah ruang menjemur kain anda.







Juga sangat sesuai untuk disangkutkan pada tingkap tandas bagi mendapatkan penyangkut tuala tambahan.



Untuk tempahan KLIK SINI

Lazada Malaysia