27 Dis 2016

RM659 - Treadmill Elektrik Murah


Sebelum ini saya ada post mengenai treadmill paling murah. Tapi ianya tanpa berkuasa elektrik. Nak lari atas treadmill tu pun kurang rasa seronok.

Kali ini saya hendak memperkenalkan treadmill yang berkuasa elektrik. Harga sangat murah iaitu RM659 ketika post ini ditulis. Kalau nak dibandingkan dengan treadmill yang dijual di kedai peralatan sukan harga harganya RM beribu-ribu, Belasan ribu pun ada.


Saya rasa ini adalah antara benda yang paling berbaloi saya beli. Isteri saya sangat sukakannya. Boleh jogging setiap hari tanpa kira masa atau cuaca di luar sana.. Hehe.

Cuma ada sedikit kekurangannya, iaitu saiz kelebaran trek larian sempit sedikit kalau dibandingkan dengan treadmill yang mahal-mahal di pasaran. Kelebaran trek adalah sekitar 1 kaki, atau lebih tepat lagi 31cm. Dan bila lari laju di atasnya, ada bunyi hentakan sedikit. Tapi ini semua sangat minor dan tidak mengganggu fungsi treadmill ini.

Saksikan video di bawah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia