14 Okt 2014

Air Cond Murah dan Jimat Elektrik

Memang ada banyak aircond murah harga pada sekitar bawah RM900, tetapi biasanya air cond jenis begini ianya menggunakan banyak tenaga elektrik. Jika anda menggunakannya hampir setiap masa, anda akan dapati bil elektrik akan melambung tinggi.

Air cond paling murah biasanya berkapasiti kuasa 1 HP. Kapasiti ini sesuai untuk sebuah bilik tidur yang biasa. 1.5 HP mungkin sesuai untuk penghawa dingin di ruang tamu.

Saya telah membuat survey dan mendapati jenama-jenama ini antara yang diiktiraf jimat tenaga iaitu, Hitachi, Fujitsu, dan LG.


Saya sendiri menggunakan Hitachi, dan di rumah saya juga ada satu lagi pendingin hawa jenama lain yang lebih murah (jenama tidak boleh disebut, dibeli pada harga sekitar RM 700).

Dan ternyata, Air cond Hitachi memang menjimatkan! Dan juga cepat sejuk bila mula dihidupkan.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah fungsi Inverter yang dikatakan menjimatkan elektrik. Inverter ialah alat yang mengubahsuai penggunaan tenaga setelah alat elektrik itu berfungsi lama. Sebagai contoh Air cond jenama Samsung mengaktifkan sistem Inverter nya setelah 3 jam dihidupkan. Selepas 3 jam ini, kadar penggunaan elektrik ini akan dikurangkan 30-50% oleh alat ini. Ada air cond lain, Inverter nya diaktifkan selepas 9 jam penggunaan. (Ini adalah info yang saya dapat dari jurujual penghawa dingin)

Kesimpulan tentang teknologi Inverter ini, jika anda seorang pengguna air cond di rumah, di mana anda tidak kerap atau sepenuh masa menggunakannya, Inverter ini mungkin tidak memberikan kesan yang significant kepada bil letrik anda. Akan tetapi, jika air cond Inverter ini digunakan di ruang pejabat sepenuh masa, tentunya ianya menjimatkan tenaga.



Untuk maklumat lanjut tentang Air cond Hitachi paling murah....

HITACHI Inverter 1.0 HP




Pilihan Alternatif

York 1.0HP Non-inverter

Haier 1.0HP Non-inverter


Artikel update terbaru boleh baca di gajet.net aircond murah dan jimat elektrik. 

5 ulasan:

  1. Tuan ada cert wiremann level brapa tuan??

    BalasPadam
  2. Terkadang..

    Ramai yang tersalah dan menyalah erti PERKONGSIAN saya tentang tukar belanja HANGUS bulanan kepada belanja UNTUNG !

    Begini,
    Setiap bulan ada bayar bil TNB ? bil ASTRO ? bil TM ? bil UNIFi ? Bil handphone ? Topup Prepaid ? ops lupa plak korang ada 2 - 3 handphone kan :-).

    So,
    Selepas bayar bil dan topup prepaid tu ada dapat REBAT ?
    contoh bayar bil ASTRO RM120 n dapat REBAT 80% - 200% untuk bayaran berikutnya.
    contoh bayar bil TNB RM150 n dapat REBAT 80% - 200% untuk bayaran berikutnya.

    So inilah perkongsian dari saya.
    KALAU KORANG NAK JIMAT LA KAN. Mana yang banyak duit tu teruskanlah dengan cara bayaran anda seperti biasa. PLUS saya bukan mintak anda join bisnes saya pun malah saya tidak mintak anda berhenti dari bisnes yang anda jalankan sekarang pun TAPI KALAU NAK JIMAT bole cari saya.

    p/s: Jika anda bekerja gomen jawatan tinggi pun bil utiliti bulanan tetap terpaksa kena bayar. Jika anda kerja swasta skalipun dgn jawatan CEO tetap kena bayar bil jugak kan. Hatta anda student Universiti/Sekolah sekalipun tetap kena topup prepaid. Yang buat bisnes pulak, Handphone maybe ada 2, dah tentu la terpaksa bayar bil 2 handphone tu kan...

    Terkadang...Pencerahan Ringkas dan Jelas.

    #gunasendiri
    #jimatsendiri
    #untungsendiri
    #bukanjanjitapiterbukti
    #teruskanjadipemerhati
    #sayajalanterussss

    Bai-0178352611
    Noor-0124781909

    BalasPadam
  3. Mymi ke tu yg pakai sdiri jimat sdiri cik/Puan?

    BalasPadam
  4. Mymi ke tu yg pakai sdiri jimat sdiri cik/Puan?

    BalasPadam
  5. Selain itu, kalau tumpukan di bahagian insulation, penjimatan lagi berganda2

    Rujuk blog---> http://www.azua-diy.com/2016/05/29/penjimatan-guna-aircond/

    BalasPadam

Lazada Malaysia