2 Jun 2023

Peti sejuk Inverter paling murah online

Baru-baru ni peti sejuk saya yang berumur hampir 7 tahun pintu dia rosak pulak. Masih sejuk tapi pintu tak boleh tutup rapat. Terpaksa la beli yang naru kan.

Prinsip membeli online saya kalau barang elekrtik yang besar2 atau mahal, saya akan order melalui Lazada berbanding platform lain, kerana saya sgt yakin dgn customer service Lazada, kalau barang rosak atau kena scam, saya akan mintak refund je. Dan setakat ni ok je. Dari beli TV 55", laptop, mesin basuh, aircond memang saya order kat Lazada. Nak bandingkan harga pun senang. 

Ok berbalik kepada peti sejuk ni, nak survey harga murah ni dia tricky sikit sebab ada setengah kedai dia letak harga murah pada barang tapi dia punye delivery charge bapak mahal sampai ratus-ratus, jadi kena semak betul-betul sebelum checkout.

Ok baik lah, cari punye cari maka jumpalah peti sejuk ni, harga dia memang murah, cuma kos penghantaran dia keras sikit, tapi bila banding dgn kedai lain, dia masih murah.

Dan ingat ye, kalu membeli peti sejuk mesti cari yang Inverter, untuk jimat elektrik. Ye lah peti sejuk ni kan ON sentiasa mana pernah off kan. 

Maka saya pilih yang ini. 

midea mdrt268mtb28-my

Peti sejuk Midea MDRT268MTB28-MY Inverter. Baru je beli tengok la nanti kualiti camane. So far ok. 


Update 9/6/2023. Ni pun ok





  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia